Monday, 21 April 2014

Preparation !

Hello,

Pejam celik pejam celik dah April dah.. and ada banyak preparation belum settle lagi. 
Tinggal beberapa minggu je untuk aku cari barang segala bagai untuk hari itu (Enggement Day) or E-Day tapi aku tak suka nak gunakan E-Day E-Day tu lol .. 

Actually tengok macam simple tapi simple pun preparation banyak jugak. Okay actually perkara paling penting pada aku untuk engagement ni of course u perlukan Baju . At first aku just plan nak pakai Plain Linen White Color (Kurung Moden) . Sebab aku memang suka gila linen fabric and nampak lah macam ayu sikit kan kalau all white waktu majelis i tu hehe.. tapi mak bonda aku cakap apa salahnya buat baju yg okay sikit, soft fabric yang aku boleh ingat baju tu sampai bila2. Then aku fikir and survey banyak tempat. Terfikir dah nak buat sendiri je sebab aku dah belajar fashion pun dah lama so why not buat sendiri. Tapi at last, aku buat dekat NURITA HARITH, Bangsar . Color ala2 mint green / tiffany green gitu or the exact color is Hemlock (boleh refer 2014 punya color trend ya). Very nice design, soft and ada detailing sikit, paling best design simple saje. That is what i'm looking for actually .. Simple yet elegant :) nanti aku tunjuk gambar baju tu kay..

Okay so baju dah settled, now perkara kedua penting, hantaran..
Bagi aku hantaran untuk pertunangan ni x payah ada pun takpe. Cukup lah sekadar cincin sebentuk. Tapi after discussion yang melibatkan kedua belah pihak dan ikut adat kita, kita decide untuk bagi beberapa dulang hantaran. Lebih manis dan elok dipandang katanya la.... So hantaran untuk lelaki dari pihak aku, aku buat sendiri instead of u nak upah orang lain buat. Mula2 memang aku nak upah je sesiapa yang boleh buat kan hantaran tapi mostly dorg x ambil utk long distance for fresh flower decoration for hantaran. Yela buatnya layu nanti, susah lah.. Sebab semua yang aku kenal untuk buat hantaran tu semua KL area. Majlis aku plak dekat Muar so jauh jugak lah walaupun hanya 2 hours journey hehe.

So far bekas hantaran itself aku dah ada dah, cuma fresh flower je x dapat lagi. Ada lah beberapa tempat yang aku dah survey tapi semua nya di KL ye hahaaa so kalau aku nak beli kena pagi2 buta the day before the event ! yesss, sebab kalau tak dia akan layu sikit so x cantik lah plak kan.. and aku dah dapat dah supplier utk fresh flower, which is my best friend punya contact je pun huhu. after majlis nanti aku bagi all the contacts ya .

Next, yang ketiga penting cake hantaran. Aku decide nak bagi fondant cake yang tengah trend sekarang kononnya. Aku pun x tau sangat pasal cake ni, so just survey2 kat instagram. Aku order kat sorang kawan lama aku yang rupa2nya dia dah buka bakery sendiri ye. it just a normal fondant cake, ada la bunga sikit kat atas cake tu. Thats it. kadang2 ada hikmah jugak buat preparation macam ni, i mean ye lah kawan lama yang almost lost contact boleh close balik, and ramai gila kawan2 aku yang sudi untuk menghulurkan bantuan dari segi persiapan, kat mana nak cari benda tu benda ni, kedai2 yang aku tak penah tau semua dorg tolong. Thank you so much guys . Nangis!

Most of girls kalau bertunang nak ada mini pelamin kan.. tapi aku tak rasa pelamin tu perlu untuk pertunangan aku. Ceh ! Sebab mak aku kata sarung cincin kat dalam bilik je. Tapi now zaman dah berubah semua orang nak tengok sesi menyarung cincin tu. Dan x kan la kaum lelaki nak masuk bilik jugak kan, so aku dengan mak aku decide untuk ambil small tiny pelamin hahaa untuk majlis nanti. Ala2 je lah kut ye. Aku try minimize the decoration untuk tak nampak over sangat. And the pelamin itself aku dah pun tempah kat kawan aku. Again, kawan lama yang baru jumpa balik heehee..

So now aku rasa dah complete lah kut sebab benda2 lain tu semua mak aku yang settle kan. Cincin tu pihak lelaki yang readykan, kalau takde x jadi bertunang lah aku lol.. And makanan of course kena ada, yang tu parent aku panggil catering je senang cerita x yah pening2. Cuma the day before the event aku baru boleh balik ke rumah parent aku since aku ada final assessment dengan student2 aku sebelum tu. Agak rushing jugak that day sebab pagi2 buta aku kena amik fresh flower, ambil cake, padicure manicure aaarrrgghhh banyak hokeh ! Takpe we pray for the best !

Untuk yang mana nak contact untuk bunga, cake, baju dan barang2 lain, next entry aku akan bagi ya..

So stay tuned guys..

XOXO

Fyrose






Thursday, 12 September 2013

BRACES? Tak sakit lah ...




Hello....

BRACES . What is BRACES? or dalam bahasa melayu PENDAKAP GIGI. dan kenapa ramai gegurl tergila2 dekat cik Braces ni? sampai sanggup tahan sakit, ulcer, sakit kepala, sampai demam2 bagai... well actually braces refers to devices that been used in orthodontics that align and straighten your teeth and help to position them with regard to a person's bite, while also working to improve dental health
Senang cerita braces ni something yg boleh buat gigi korang straight dan sihat. Dan sekarang braces dah macam trend untuk rakyat2 berbilang bangsa tak kisah dorg golongan marhaen atau kaya raya . Harga braces pun dah melonjak2 skrg which is u all kena pandai cari klinik yg okay dan murah. Dan dengan segala hormatnya aku pun tak terkecuali untuk pakai bende alah nih ! hewhewhewwwwww

Aku mmg dah lama plan nak pakai braces since degree time lagi (2008) tapi dek kerana ketakutan kesakitan setelah membaca review2 di blog, dengar experience kawan2...maka aku postponed postponed dan postponed. Tapi at the same time waktu tu aku pegi jugak survey2 klinik gigi dekat shah alam sb aku stay di shah alam dulu. Masa tu most of the clinic charge around 4K-5K, 7K pun ada dimana aku tak berkemampuan ! nak pegi klinik kerajaan queue panjang dan lama, bertahun2. 

So selepas bekerja dan dah ada keberanian untuk pasang, aku survey klinik di sekitar kl and at last ada 2 klinik yg aku rasa okay. 

First Klinik = AMPANG area (Starting from MYR3.5K kut tak silap)
Second Klinik = BANGSAR (KLINIK PERGIGIAN BANGSAR MYR3.5K)

At the first place mmg dah plan nak ke klinik ampang tu tp baca review cakap ramai gila sampai kene tunggu 2-3 jam which is aku tak mampu nak tunggu lama so tukar ke Klinik Pergigian Bangsar since waktu tu aku selalu turun bangsar jumpa client. Klinik Pergigian Bangsar memang terbaik sebab doctor friendly, environment okay and tak yah tunggu super lama ye tuan2.

1st APPOINTMENT

Appointment pukul 10.30 pagi dan aku datang untuk discuss and doctor cakap aku kene cabut 2 gigi atas and bawah. After siap semua doctor ambil acuan gigi comel i dan discus pasal payment.

 Monthly treatment


2nd APPOINMENT dan seterusnya..................................

Appointment kedua cabut gigi bawah, then gigi atas seminggu selapas tu. after setel gigi kene cabut,a week after that doctor fix gigi atas dulu dan seminggu selepas tu fix gigi bawah pula..

And now aku dah 5 bulan pakai braces dan alhamdullilah, tak berapa sakit sangat, just nice cuma mula2 u akan rasa tak selesa sebab ada benda asing dlm mulut. Dan aku bersyukur sebab aku tak kena any ulcer dan sakit tak boleh tido tu semua aku takde. cuma time nak makan je sakit sikit sb bila nak bite tu gigi rasa rapuh dan gusi sakit sikit. tapi after 3/4 hari setiap kali treatment dah okay, boleh makan macam biasa. And of course u tak boleh gigit benda keras sangat. kalau before ni u all suka makan tulang ayam tulang ikan tulang kambing tulang segala tulang, besi bagai sila elakkan. bukan apa kalau makan benda keras nt takut gam dekat bracket tertanggal dan bracket tu sendiri tertanggal dah kene ganti baru. kalau kene ganti baru je takpe, tapi kalau tertelan masuk perut, sapa nak jawab?? so makan yg lembut2 gigit slow2 insyaallah okay. 
Kalau baca review kat mana2 pun u akan dengar orang sakit kepala tak boleh tidur, kene makan paint killer semua tu, ulcer byk dalam mulut dek kerana besi kene kat pipi comel u tu, Alhamdulillah aku tak kene semua tu. Officemate aku sendiri pelik kenapa aku tak sakit mcm dia mihmihmih.. aku rasa bergantung pada gusi masing2 kut yea.. kat bawah ni aku share beberapa gambar untuk tatapan uols uols.. ecewah~~


1st month pakai, iols pilih pink and blue color.. ala2 gegurl gitu. 
Time ni baru fix gigi atas ye tuan2.


 Untuk bulan kedua, dah nampak gigi aku gerak sikit. pink cororrrr gitu


Bulan seterusnya, emerald green.. macam sayur lekat kat gigi hahaa.. 

So kesimpulannya aku suggest lah kepada sesiapa yang nak pakai braces yg murah boleh lah ke KLINIK PERGIGIAN BANGSAR (dekat dgn mcDonalds, guardian, belakang Bangsar Village). Klinik tu mmg tip top dan tak banyak cekadak. after treatment tu korg boleh lah makan cake Red Velvet yang super duper crazy punya sedap kat FLAVOURS Bangsar. (alaaahhhh restaurant Chef Ridz anak Dato Chef Wan). aku guarantee dah rasa sekali nak rasa 80 kali .
Any info iols akan updates ya!!!

Till then,
XOXO

Fyrose





Wednesday, 31 July 2013

Have A Good Day Everyone

Salam Ramadhan....

Hari ini Khamis bersamaan 1 August 2013 bersamaan jugak lah 23 hari kite berpuasa . yeayy!!! 
Tapi terawikh i tak penuh pun 23 hari T____T . Ada lobang2 sana sini sikit.. Bak kata mak aku, jangan kejar duniawi sangat, akhirat pun kena balance jugak.. Lagi 1 beliau berpesan jangan jadi hamba duit cukup lah sekadar bersederhana dalam semua bidang..Takut nnt timbul riak, dah berdosa. Ilmu yang lebih penting sb pembelajaran itu 1 proses yang berterusan sampai ke mati. eceh gitu lah tazkirah pagi2 uols! 

July lepas aku dah pun settled Master program selama 1 tahun setengah dimana result akan keluar 3/8 ni. Nervous tu memang lah sb aku ni bukan terror sgt nak dok relax2 dengan harapan dapat 4 flat. tapi kalau tak maintain pointer semester last ni tak dapat lah mak nk pakai selempang miss word waktu ambik scroll nt . So skrg kite berdoa untuk yang terbaik nak2 dalam bulan yang mulia mcm ni.

After Viva aritu aku dah start kerja ! Yes, kerja ! Kerja disini bermaksud aku kene bangun pagi lepas subuh keluar rumah menempuh jam selama 1 jam di bandar raya Key Ell ni dan masuk ofis selama 8 jam mengajar . erghhhh nak ngadap jam tu yg tak tahan!! Kerja ni mmg lah best, tak stress tapi nak bagun pagi hari2 agak mengambil masa yg lama untuk membiasakan diri disitu yea. Sebab sebelom ni aku relax2 tido 3,4 pagi bagun pun emmmm paham2 lah ye.. tapi takpe demi mencari rezeki yang halal ku gagahin jua :)

Aku ada plan dan merancang untuk sambung belajar lagi tapi bukan masa sekarang lah.. kene lah kawin dulu . nanti dah kertu baru habis belajar baru nak kawin, pengsan ! sekarang still dok survey top uni dekat luar yang offer Retail/Mangement in fashion or any course that related to retail design / fashion management . Mengikut plan asal aku prefer di Italy, UK or Japan (err.. Japan last choice). kenapa Japan? sb neighbour aku tu suka sgt nak dok japan ! habis semua pasal japan dia suka. beli barang pun dari japan. kawan pun duduk di japan. rambut pun nak ala2 japan/korea . tak kuasa aiiii.. tapi Japan okay jugak lah, negara yg membangun. So,  kalau anda2 ada cadangan which uni yang okay boleh lah share dengan i hehe ^____*


So okay nt kita sambung lagi naaaaa...
Till then, 
XOXO

Fyrose comel :)

Sunday, 21 July 2013

He's very cute. Isn't it?



Comey nye comey nye Joe ni..





Orang bangsa lain pun teringin and try nak puasa, tapi org melayu kita ada yg drive thru mcD pukul 12.30 tgh hari .. ape kehe nye yeop??




Monday, 15 July 2013

I'M BACK !!

Assalamualaikum... dan Salam Ramadhan,

I'm back !!!!

Saya kembali setelah berhempas pulas siapkan final project untuk master program i dan pulun siapkan thesis dan selesai Viva .. Fuhhh ~~ lega kau ! rasa released semua tekanan & stress tubuh badan. Alhamdullilah, aku berjasa siapkan semua dengan jayanya *sesekali angkat bakul sendiri tak salah kan... mihmih..
And actually thesis aku pun dah boleh buat hard cover. Kalau semua okay, aku akan convo Novermber ni . Yeayy !!
 
Sepanjang peninggalan aku, chewah... ada banyak perkara berlaku dan tak sempat nak share di sini.. tapi takpe aku akan share slow2 nt kay.. so stay tuned!


Before aku chiao, anda boleh layan video yang ermmmm kurang cerdik oleh adik perempuan ni, tapi i like part yang dah alih suara tu LOL .. 
tata !



Sunday, 3 March 2013

MISERABLE

“You, i had my heart set on you.. But nothing else hurts like you do.. Who knew that love was so cruel and i waited and waited so long for someone to never come home.
It's my fault to think you'll be true..
I'm just a fool.. “


I felt so upset, tired, depressed, downhearted, moody, melancholic, miserable, sorrowful, and joyless.

Why? Why me?

I know God always give me the best.

Bepatient fyrose .

 

Tuesday, 19 February 2013

FURLA & Next Target

Hello Hai...
Dah dapat dah weyh !! senyum sampai telinga ! heheheee
Taraaaaaaa.....

First day terus bawa pegi makan hehe

With my fashion advisor, personnal shopper & image consultant Mr. Syafiq :)


So, next target ape pulak? ....


CELINE Boston Bag.

  berusaha !
Kompol duit from now bebehhh :)


Till Then,
XOXO