Thursday 12 September 2013

BRACES? Tak sakit lah ...




Hello....

BRACES . What is BRACES? or dalam bahasa melayu PENDAKAP GIGI. dan kenapa ramai gegurl tergila2 dekat cik Braces ni? sampai sanggup tahan sakit, ulcer, sakit kepala, sampai demam2 bagai... well actually braces refers to devices that been used in orthodontics that align and straighten your teeth and help to position them with regard to a person's bite, while also working to improve dental health
Senang cerita braces ni something yg boleh buat gigi korang straight dan sihat. Dan sekarang braces dah macam trend untuk rakyat2 berbilang bangsa tak kisah dorg golongan marhaen atau kaya raya . Harga braces pun dah melonjak2 skrg which is u all kena pandai cari klinik yg okay dan murah. Dan dengan segala hormatnya aku pun tak terkecuali untuk pakai bende alah nih ! hewhewhewwwwww

Aku mmg dah lama plan nak pakai braces since degree time lagi (2008) tapi dek kerana ketakutan kesakitan setelah membaca review2 di blog, dengar experience kawan2...maka aku postponed postponed dan postponed. Tapi at the same time waktu tu aku pegi jugak survey2 klinik gigi dekat shah alam sb aku stay di shah alam dulu. Masa tu most of the clinic charge around 4K-5K, 7K pun ada dimana aku tak berkemampuan ! nak pegi klinik kerajaan queue panjang dan lama, bertahun2. 

So selepas bekerja dan dah ada keberanian untuk pasang, aku survey klinik di sekitar kl and at last ada 2 klinik yg aku rasa okay. 

First Klinik = AMPANG area (Starting from MYR3.5K kut tak silap)
Second Klinik = BANGSAR (KLINIK PERGIGIAN BANGSAR MYR3.5K)

At the first place mmg dah plan nak ke klinik ampang tu tp baca review cakap ramai gila sampai kene tunggu 2-3 jam which is aku tak mampu nak tunggu lama so tukar ke Klinik Pergigian Bangsar since waktu tu aku selalu turun bangsar jumpa client. Klinik Pergigian Bangsar memang terbaik sebab doctor friendly, environment okay and tak yah tunggu super lama ye tuan2.

1st APPOINTMENT

Appointment pukul 10.30 pagi dan aku datang untuk discuss and doctor cakap aku kene cabut 2 gigi atas and bawah. After siap semua doctor ambil acuan gigi comel i dan discus pasal payment.

 Monthly treatment


2nd APPOINMENT dan seterusnya..................................

Appointment kedua cabut gigi bawah, then gigi atas seminggu selapas tu. after setel gigi kene cabut,a week after that doctor fix gigi atas dulu dan seminggu selepas tu fix gigi bawah pula..

And now aku dah 5 bulan pakai braces dan alhamdullilah, tak berapa sakit sangat, just nice cuma mula2 u akan rasa tak selesa sebab ada benda asing dlm mulut. Dan aku bersyukur sebab aku tak kena any ulcer dan sakit tak boleh tido tu semua aku takde. cuma time nak makan je sakit sikit sb bila nak bite tu gigi rasa rapuh dan gusi sakit sikit. tapi after 3/4 hari setiap kali treatment dah okay, boleh makan macam biasa. And of course u tak boleh gigit benda keras sangat. kalau before ni u all suka makan tulang ayam tulang ikan tulang kambing tulang segala tulang, besi bagai sila elakkan. bukan apa kalau makan benda keras nt takut gam dekat bracket tertanggal dan bracket tu sendiri tertanggal dah kene ganti baru. kalau kene ganti baru je takpe, tapi kalau tertelan masuk perut, sapa nak jawab?? so makan yg lembut2 gigit slow2 insyaallah okay. 
Kalau baca review kat mana2 pun u akan dengar orang sakit kepala tak boleh tidur, kene makan paint killer semua tu, ulcer byk dalam mulut dek kerana besi kene kat pipi comel u tu, Alhamdulillah aku tak kene semua tu. Officemate aku sendiri pelik kenapa aku tak sakit mcm dia mihmihmih.. aku rasa bergantung pada gusi masing2 kut yea.. kat bawah ni aku share beberapa gambar untuk tatapan uols uols.. ecewah~~


1st month pakai, iols pilih pink and blue color.. ala2 gegurl gitu. 
Time ni baru fix gigi atas ye tuan2.


 Untuk bulan kedua, dah nampak gigi aku gerak sikit. pink cororrrr gitu


Bulan seterusnya, emerald green.. macam sayur lekat kat gigi hahaa.. 

So kesimpulannya aku suggest lah kepada sesiapa yang nak pakai braces yg murah boleh lah ke KLINIK PERGIGIAN BANGSAR (dekat dgn mcDonalds, guardian, belakang Bangsar Village). Klinik tu mmg tip top dan tak banyak cekadak. after treatment tu korg boleh lah makan cake Red Velvet yang super duper crazy punya sedap kat FLAVOURS Bangsar. (alaaahhhh restaurant Chef Ridz anak Dato Chef Wan). aku guarantee dah rasa sekali nak rasa 80 kali .
Any info iols akan updates ya!!!

Till then,
XOXO

Fyrose





Wednesday 31 July 2013

Have A Good Day Everyone

Salam Ramadhan....

Hari ini Khamis bersamaan 1 August 2013 bersamaan jugak lah 23 hari kite berpuasa . yeayy!!! 
Tapi terawikh i tak penuh pun 23 hari T____T . Ada lobang2 sana sini sikit.. Bak kata mak aku, jangan kejar duniawi sangat, akhirat pun kena balance jugak.. Lagi 1 beliau berpesan jangan jadi hamba duit cukup lah sekadar bersederhana dalam semua bidang..Takut nnt timbul riak, dah berdosa. Ilmu yang lebih penting sb pembelajaran itu 1 proses yang berterusan sampai ke mati. eceh gitu lah tazkirah pagi2 uols! 

July lepas aku dah pun settled Master program selama 1 tahun setengah dimana result akan keluar 3/8 ni. Nervous tu memang lah sb aku ni bukan terror sgt nak dok relax2 dengan harapan dapat 4 flat. tapi kalau tak maintain pointer semester last ni tak dapat lah mak nk pakai selempang miss word waktu ambik scroll nt . So skrg kite berdoa untuk yang terbaik nak2 dalam bulan yang mulia mcm ni.

After Viva aritu aku dah start kerja ! Yes, kerja ! Kerja disini bermaksud aku kene bangun pagi lepas subuh keluar rumah menempuh jam selama 1 jam di bandar raya Key Ell ni dan masuk ofis selama 8 jam mengajar . erghhhh nak ngadap jam tu yg tak tahan!! Kerja ni mmg lah best, tak stress tapi nak bagun pagi hari2 agak mengambil masa yg lama untuk membiasakan diri disitu yea. Sebab sebelom ni aku relax2 tido 3,4 pagi bagun pun emmmm paham2 lah ye.. tapi takpe demi mencari rezeki yang halal ku gagahin jua :)

Aku ada plan dan merancang untuk sambung belajar lagi tapi bukan masa sekarang lah.. kene lah kawin dulu . nanti dah kertu baru habis belajar baru nak kawin, pengsan ! sekarang still dok survey top uni dekat luar yang offer Retail/Mangement in fashion or any course that related to retail design / fashion management . Mengikut plan asal aku prefer di Italy, UK or Japan (err.. Japan last choice). kenapa Japan? sb neighbour aku tu suka sgt nak dok japan ! habis semua pasal japan dia suka. beli barang pun dari japan. kawan pun duduk di japan. rambut pun nak ala2 japan/korea . tak kuasa aiiii.. tapi Japan okay jugak lah, negara yg membangun. So,  kalau anda2 ada cadangan which uni yang okay boleh lah share dengan i hehe ^____*


So okay nt kita sambung lagi naaaaa...
Till then, 
XOXO

Fyrose comel :)

Sunday 21 July 2013

He's very cute. Isn't it?



Comey nye comey nye Joe ni..





Orang bangsa lain pun teringin and try nak puasa, tapi org melayu kita ada yg drive thru mcD pukul 12.30 tgh hari .. ape kehe nye yeop??




Monday 15 July 2013

I'M BACK !!

Assalamualaikum... dan Salam Ramadhan,

I'm back !!!!

Saya kembali setelah berhempas pulas siapkan final project untuk master program i dan pulun siapkan thesis dan selesai Viva .. Fuhhh ~~ lega kau ! rasa released semua tekanan & stress tubuh badan. Alhamdullilah, aku berjasa siapkan semua dengan jayanya *sesekali angkat bakul sendiri tak salah kan... mihmih..
And actually thesis aku pun dah boleh buat hard cover. Kalau semua okay, aku akan convo Novermber ni . Yeayy !!
 
Sepanjang peninggalan aku, chewah... ada banyak perkara berlaku dan tak sempat nak share di sini.. tapi takpe aku akan share slow2 nt kay.. so stay tuned!


Before aku chiao, anda boleh layan video yang ermmmm kurang cerdik oleh adik perempuan ni, tapi i like part yang dah alih suara tu LOL .. 
tata !



Sunday 3 March 2013

MISERABLE

“You, i had my heart set on you.. But nothing else hurts like you do.. Who knew that love was so cruel and i waited and waited so long for someone to never come home.
It's my fault to think you'll be true..
I'm just a fool.. “


I felt so upset, tired, depressed, downhearted, moody, melancholic, miserable, sorrowful, and joyless.

Why? Why me?

I know God always give me the best.

Bepatient fyrose .

 

Tuesday 19 February 2013

FURLA & Next Target

Hello Hai...
Dah dapat dah weyh !! senyum sampai telinga ! heheheee
Taraaaaaaa.....

First day terus bawa pegi makan hehe

With my fashion advisor, personnal shopper & image consultant Mr. Syafiq :)


So, next target ape pulak? ....


CELINE Boston Bag.

  berusaha !
Kompol duit from now bebehhh :)


Till Then,
XOXO

Monday 18 February 2013

1 semester left !!

1Hello...
Ye, result semester 2 aku dah keluar 15hb haritu dan ....................................................................................................... =____________=
ALHAMDULLILAH, lulus dengan kaler-kaler berterbangan
eceeewahhhhh kembang kuncup hidung kau ! :p
So i am ready for final semester now! Bring it on babeeehhh .
Dan aku bersedia untuk menempuh hari2 sukar untuk menyiapkan thesis lah final project lah bagai tu haaaaa ..
Insyaallah kalau semua okay, aku pasti grad tahun ini juga ! mestik !
Pray for me guys :)
Tata
Fyrose

Wednesday 6 February 2013

FURLA CANDY peeps !

Okay, pasal handbag lagi dan lagi..
Disebabkan i keciwa sebab tak dapat LV tu, aku tukaq plan beli handbag lain pula.
mata aku tertarik menarik sangat dengan FURLA CANDY . comel gile, macam2 color ada pilih saje.
So dalam list aku ada 4 yang paling berkenan dihati . jom tengok bawah......
 1. FURLA CANDY - SHOCKING PINK
 2. FURLA CANDY - ORANGE
 3. Ahhaaaa ni yang champion skali.. this is my most fav, Furla Candy Dalmation. tapi harga dia agak mahal sikit dari candy basic macam kat atas. berpinau mata haku !
4. Ini pun berada dalam toplist haku jugek. comey nye comey nye ! tapi jiran kata yang tak lawa and dia suruh ambil orange color T______T .. boleh lahhhhh..
So, which one u all rasa bole pegi? hehe ..
kene dapat kan jugak by hook or by crook sebab current handbag i skrg dah minta tolong beli yng baru.
Sekian

XOXO
Fyrose

Wednesday 30 January 2013

D.I.Y Wedding Shoes

Asslamualaikum...

Harini last day of January 2013. Dah sebulan rasa kejap je.. Harini Khamis, sok Jumat (balik kampung... hoyeahhhh!!) dan seterusnya Sabtu & Ahad, dimana Sabtu Ahad ni aku rasa ramai berebut2 nak kahwin..next week pun dah Chinese New Year, so lagi ramai yang kahwin. Aku bila lagi? okay, still question mark kat situ :p
 Untuk Chinese New Year ni je aku ada dlm 5 invitation . Yeayyyy!!!

Nak dijadikan cerita, sorang kawan aku minta tolong sempena perkahwinan beliau. Adalah few time aku teman die cari barang, cari kain, cari kasut.

Harini nak share kasut yang telah aku tata rias kan.. (tata rias pon boleh) . Takde lah tata rias mana pon, cume kasut tu plain and pengantin request nak kasut cantik untuk wedding dia.

Jom kite tengok ...............



Kasut si pengantin. Color die cantik gile, color feveret aku. jadi nak buat pon amat lah bersemangat hokeh!


*Sila abaikan banckground dalam gambar dalam entry ni.
Malas nak mengedit gambo   =____=

 

Boleh letak lace ikut suka hati anda & ikut jenis kasut & event.



Back view


Lace ni actually boleh potong ikut bentuk dia dan buat design ikut kesukaan hati kita :)


Inilah hasil nya ... taaaraaaaaaa !!!!


Oleh kerana, tuan pengantin nak letak batu2 diamond2 sendiri dekat kedah sana, jadi aku just siap kan sampai sini je.. kalau letak batu2 (yang macam kat tudung bawal selalu tu) sikit, dah nampak complete .

This is my DIY wedding shoes. anda boleh lah coba dirumah . Nak minta advice pun bole. saya bagi free of charge .. hehe Gitu lah bajet retis ! LOL..


XOXO
Fyrose



A Day at Malaysia Embassy

Hello...
Nak share pasai research trip haritu we all ade singgah kat Malaysia Embassy di Beijing.. it was fun and informative trip. Datuk Iskandar (kalau tak silap) sangat friendly melayan orang2 melesia ni. and dapat makan kuih raya, ayaq teh panas etc etc dari melesia . time tu sejuk gila kau.. so dapat air panas tu macam dapat menikmati nikmat dunia !
Apa kitorg buat kat situ? actually it just a normal lawatan.. since we all are invited by them so kita datang lah.. and we are presenting our artwork, design bla...bla..bla.... maleh nak cakap banyak, lets enjoy the pictures babyyyyyyy..........

ini yang kami dambakan.. ayaq panas !



psssttt... kat seblah i tu famous artist beb...dah buat solo exhibition !


Ada macam student oversea tak? heheee perasan la kau peros



Yang tengah tu Dr. Norwani . Lovely sangat mcm ibu2 mithali. beliau akak ipar Nora ye tuan2..


Ecececehhh...


The next Menteri Pembangunan Wanita & Masyarakat .


Ini lerr work yang di pamerkan ituwww..


Sesi beramah mesra dgn VVIP

Dr. Nonny menyampaikan hadiah dari beliau


So itu je lah yang i nak share today.. after this ke Embassy di mana plak we never know hehe..
feeling2 sangat kau..
oklah, till then..

XOXO
Fyrose

Tuesday 29 January 2013

It's MAT LUTHFI y'all !!



Seriously lately aku kerap berkunjung ke youtube & layan mamat sorang nih. before this kalau ke youtube aku dok click lagu2 lah video music lah yada yada yada.....
beberapa bulan lepas aku start seronok plak tengok video dia ni.
MAT LUTHFI !!
pecah perut aku tergelak2 malam2 buta ! yang aku tau dia student belajar kat Aussie course tak berapa pasti maybe architecture. nanti aku buat research lain hehe..
So aku nak suggest bagi sesiapa yang tengah stress jom layan Mat Luthfi.  Confirm bole release babe! Pasai apa? Pasai loghat Kedah dia mak kau... pekat gile, comel dowh! 

meh aku selitkan my favourite video:





Funny giler dia ni .. agaknye boring kut dok kat sana tu yang dok buat video merapu. tapi ada message okay ..

Pesanan kepada hang Mat Luthfi, buat banyak lagi video so that aku x bosan malam2 hehee!

Till then,
XOXO

Fyrose

Thursday 24 January 2013

Tamat Semester 2

Assalamualaikum...

Dengan ini saya nak umumkan bahawasanya saya dah pun selesai semester 2 ! yeayyyyy!!!
so tinggal lagi 1 semester lepehtu dah boleh grad :)

Now boleh rasa senang lenang, goyang kaki, cantik2 comel2, tak payah serabut kepala lagi selama 2 bulan akan dtg ni. tp start march nanti bermula lah balik episod tak cukup tido & nightmare i..semester depan will be final and last semester. gulp!

So ape yang aku buat sem 2 ni? nak tau meh scroll bawah  =____=





interior untuk conceptual store.



Panel untuk thesis aku. owh btw tajuk thesis aku :
RETAIL DESIGN: DESIGNING A NEW CONCEPTUAL STORE FOR
 HIGH-END MARKET FOCUSING ON CHILDREN'S WEAR.
Yes, tajuk memang bapak panjang. nak buat high- end market saje kau kan peros kan..

 

Panel aku AO size. aku ada 10 AO.. ya, silakan melabur beribu2 ringgit di kedai print ! :(



Ni le interior tu. ihik.. malu~~~~


Different views senang nak present..



owh tak ketinggalan, panel jiran aku. tajuk dia Transport Design For City Dwellers.
Sebenarnya panjang lagi tapi lebih kurang macam tu lah tajuk dia.
aku pun dah tak ingat dah ...



Ini 3D project aku. mak aiiii buat ni ko boleh rasa mcm otak menggelegak susah nya!
sampai nanges2 i tau ..


Mari raikan nya !
Wuhuuuu......



Lepas je submit semua keje2 assignment2, masa untuk bersuka ria. jadi budak2 yang mendapat tajaan biasiswa dari kerajaan (pergh nak mention jugekk) dengan rela hatinya plan nak buat makan2 bersama lecturer2 yang dikasihi dekat Port Klang. Sedap jang oii.... seafood semua segala mak nenek ada. tapi aku tak sempat nak ambil gambaq makanan dek kerana nafsu makan yang sangat tinggi dan lapar tahap gaban. so tengok je lah ape yang ade kat bawah ni hehe

Ni lah tempat kejadian..



menghirup udara malam sambil menunggu VVIP & Otai2..


Ini Lola, dia sangat pandai memasak. sodap plak tu....



Ustazah berkaraoke u alll !!!



Sebelom balik posing dulu..



Special gift (Rare Item katanya..) tapi cantik, saya menyukainya .


So sama2 kite nantikan result yang bakal keluar tak lama lagi. adakah 4 flat lagi? adakah? adakah? nebes mak nak tunggu !
Dan jangan lupa semester yang terakhir yang bakal menjelma 2 bulan lagi.
at the mean time, kite enjoy !!!


Happy Reading Guys,
XOXO

Fyrose