Tuesday 25 September 2012

It's H&M peeps !!

Assalamualaikum..

Last week Grand Opening H&M telah pun berlangsung. Ada party mlm tu (20th Sept) tapi aku x involved dgn party2 bagai tu ye .. Ramai la VIP, retis2, fashionistas2.. 

H&M? Ape? Kat Mane?

H&M ni Swedish fashion store, collection die simple, up-t0-date, chic eh macam2 lagi yg bole membuat mata korg x berkelip bila dah kat dlm store tu. harga pun ada murah ada mahal.. 
so last week, H&M kat Lot 10 telah pun dibuka. mula2 tu aku pergi jalan2 kat pavi pastu nampak org dok kelek paper bag H&M tu.. aku pun macam "huh? H&M dah buka?... okay, kene pergi like NOW!!!" tp ropa2nya mlm tu hanyalah grand opening dia, sah2 lah aku x tersenarai kan.... hampa !
So aku cakap dgn jiran, ape pun terjadi sok pagi tu aku kene jugak pegi . tp sedih bila pergi on 21th Sept tu which is hari jumaat, store tu x bukak plak. aku dgn machonya telah menebalkan muka pegi tanya kat pakguard melayu tu hahaa.. 

"Bang, store ni buka pukul berapa ye? sb dlm dah terang"
"Harini tutup dik, sok pagi baru buka pukul 11 pagi"

Aku pun... What???

"okay bang, terima kasih" sambil senyum simpul kat abang tu huhu
 Sekali lagi aku pulang dengan rasa hampa :( dalam hati x sabar nak tunggu sok plak hehe

So sabtu tu aku pun dtg dgn jiran, sampai je entrance H&M Lot 10 tu.. Ya Rabbi, ramai gila org ! macam semut and the worst thing is kene Q up panjang berjela ! aku ku redah sajo! 

Everybody is going crazy !


Muke excited beratoq!

Pilih2... mai2..

Dlm beg ada, kat tgn pun ada. ya, aku mmg tamak ;p
Wajah2 genbira bebrapa jam selepas itu hehe

Well this is my neighbour, i mean a helpful neirghbour. The best neighbour i ever had ! thanks Syafiq :)

Hasil tangkapan

FYI, H&M ada semua barang yg wanita perlu dan ingini. baju, seluar + jeans, dress, blouse, jacket, skirt, socks, shoes, accessories, lingeries, bags etc.


So, segera buat lawatan anda ke H&M Lot 10. bawak akak abang jiran ibu bapak sepupu sepapat skali sb u need the whole day kat sana hehee..

Happy shopping & THANKS FOR READING THIS ENTRY !
XOXO





Monday 17 September 2012

Misi Mencari Jam Yang Tak Pernah Habis

Assalamualaikum...

Aku nak buat pengakuan ikhlas sesungguhnya pencarian jam tangan aku x penah berkesudahan sejak akhir2 ini. ini semua gara2 influence dari jiran aku a.k.a Mr Syafiq . Dia lah informer aku, i mean untuk segala mak nenek gadgets, watches, cars or apa saje u just name it.. or senang cerita he's like my walking dictionary. Thank You :)
 ....and Yes, aku dah pun beli jam yg kedua untuk bulan ini muahahaaa.. It's Nixon Re Run Gunmetal Digital Watches. Yeayyyy !! 



Rambang mata mak ..


This is cool watch, sama lebih kurang macam Casio haritu cuma brand berbeza, function lain sikit and of cos harga dia pun lain ye tuan2. It's unisex, laki2 pun bole pakai prompan pun bole pakai..
ada 5 colors, Gunmetal, All Gold, All Black, All Silver and Black .
Konon2 nak beli Gold color tapi jiran aku cakap ambil lah yang Gunmetal tu instead of Gold sebab color tu limited edition and aku dah ada 2 jam color Gold. FYI Scha Alyahya pakai yg Gold Color tu ye .. hiks !
jadi kesimpulannya aku ambil lah Gunmetal itu :) 
Dia simple, nice and senang cite cantik lah pabila dah melilit tangan anda hehe !



 Tuan tanah men'try' Gold color 

Mengalami kekonfiusan untuk memilih...



 Hasil tangkapan hehe .. ;p



 Kene upah budak ni hehe. thanks teman aku ya!


Sesiapa yang berkenan nak beli jam ni samada untuk diri sendiri, pasangan, keluarga, ibu, ayah, kakak, abang, jiran tetangga bole lah ke Parkson KLCC dan pergi ke tingkat 2 tempat jam2 tu.. :)

*Stop! Enggak mau lagi beli jam baru ya buk..

Thank u for reading this entry & happy shopping!


Wednesday 12 September 2012

Back To School

Hello...

Jam menunjukkan pukul 12.02 malam..dan ya, di tengah malam mcm ni saya masih lagi menghadap computer riba, menekan keyboard.. pfftt 

Back to normal,

So, hows ur weekend guys? ~~ ceh bajet retis byk peminat padahal follower pun takdak hahaha....

Last week setelah puas spend time kat kampung, aku balik ke ibu kota ini untuk meneruskan sisa2 kehidupan aku yg penuh ranjau dan duri. Sebab class untuk second semester aku start on 10th Sept.. and now, aku baru blk dari class + meronggeng2.. byk rupanye gosip yg aku x update dgn classmates aku hehe..

 last week jugak aku sibuk uruskan hal berkaitan scholar . duk turun naik turun naik bangunan sana sini, mintak cop pengesahan (sila buat muka tebal untuk minta cop pengesahan ya) .. phewwww, and esok akhirnya bole hantar semua document. yeayyy !

Sem ni aku ada 5 subject yang akan membuatkan aku menjadi burung pungguk setiap kali assesment bermula. Sesi tak tidur malam berhari2 pun start lah hujung2 sem nt, dan setiap hujung sem tu lah aku jarang2 skali nak amik gambar sb mata dah macam panda u alls! xpelah, tinggal 1 sem je lepas tu itew dah merdeka hehe ;p 

 My WorkStation for 2nd Sem dekat studio, comel je :p

Classmates aku, Syafiq & Ayie


Hopefully sem baru ni aku bole perform mcm sem lepas . Insyallah :)
Chaiyok Chaiyok !!



Good Nite & Thanks for reading this entry :D


Tuesday 11 September 2012

CASIO FEVER

Hello..

Yesss, tajuk entry ni memang inspired by Bieber Fever hehe..

Tak tau lah kenapa jam Casio Illuminator (Gold) skrg ni menjadi kegilaan bukan saja lelaki, perempuan pun banyak (mostly chinese). dah lama dah aku perasan since last year . ke aku sorg je yg perasan sebenarnya? haha.. 
ok, nak dijadikan cerita weekend yg baru lepas ni aku ada lah jalan2 KL jap cuci2 mata. alasan nak jalan2 window shopping sebab nak bukak sem baru & aku perlukan beberapa kelengkapan baru untuk create mood baru sempena semester baru . ya, sila baca laju2.. 

Jalan punya jalan punya jalan aku ternampak jam Casio ni, actually dia Classic Digital je pun. then aku berminat lah nak try. aku x ingat apa nama kedai tu, dia dalam Pavilion. Try punya try cantik lah pulak kan bila dah melilit kat tangan aku. Harga pun bole tahan lah murah, RM180 (kalau nak compared to other brand) . Since aku punya current jam skrg dah sgt lah azab, dah 5 tahun kut & aku rasa berbaloi untuk menghadiahkan diri aku seutas jam tangan baru. tp malangnya salesgirl tu mcm nak x nak je layan aku, al maklumlah jam yg aku tgk tu Casio sajo , dia layan org yg nak beli Cerutti, Rolex, Omega etc etc.. mungkin dia bajet aku xde duit nak beli Cerruti bla bla bla.. eyy, ingat aku x mampu nak beli ? walaupun sebenarnya student mcm aku mmg sedih sikit psl duit haha.. 
so, aku pun blah lah tanpa mendapat apa2 pembelian.  bahasa tulisan aku kadang2 agak menjengkelkan :(


 Ini lah Jam yg digilai ramai tu...

Then sambung lah jalan2 tup2 jumpa plak jam yg sama tp screen die beza sikit, yg ni screen dia gold color yg td black & harga pun murah sikit! RM159. actually screen yg gold ni brand new je. function sama dgn yg hitam tu. design screen je die tukar baru sikit.
 Functions & Features jam ni x byk pun cuma ada Date Display, Water Resistant, Alarm & Light. untuk ladies sesuai lah sebab x complicated and simple. dekat kedai ni hitam dgn gold pun harga sama, murah RM21 daripada harga kat kedai td. ok, aku pun mcm kerbau kena cucuk hidung . terus terpana asmara melihatnya. jiran aku pun ckp cantik since dia pun die hard fan G- Shock.
 so try punya try terus decide nak ambil . berbunga hati weyh ! 
*Special thanks to jiran :) 


Tadaa.. cantik kan bila dah kat tgn aku? wakakaaa

hahahaa boleh tak aku akhirnya terpengaruh dgn Casio Fever ni? it is just for fun and i got mine. hehe
owh btw, kalau u all pun nak dapatkan ur Casio Illuminator ni boleh lah pegi ke 1st Floor Fahrenheit Shopping Mall KL. Ade kedai G-Shock kat situ, depan escalator.
Murah and SA dia pun friendly :)


Jiran punya, inspired by hehe..


Lepas konon2 dapat jam baru kat tingkat atas, tup2 mata aku yg sentiasa meliar ni tertumpu kat handbag Aldo yg omaaiiiiii ..... cantik nak mati ! lagi sekali aku try, kene plak dgn aku kan hahaa.. and jiran pun kata ok . terus grab.. *again, special thanks to jiran..
kadang2 jiran aku punya taste pun boleh tahan, and kadang2 fashion sense dia lebih tinggi dari aku.
xpela, as long as dia agreed ok lah kan.

beg baru yuuu.. ehem~~


 So, kesimpulannya aku dapat 2 hasil tangkapan haritu.
Semangat nak naik sem baru punya pasal hehe . .









Friday 7 September 2012

Badan Cantik Menarik

hello :)

Salam Jumaat..

Semalam keluar dgn neighbour jalan2 sat kat  Pavilion area.. konon2 jalan cuci mata nak beli kasut lepas raya ..ehemmm~~ pastu borak punya borak, jiran kata "eyy u tau x ada sorg girl tu (minah saleh) dia turun 13kg seminggu, tp die x makan benda heavy & minum. cuma ambil makanan sikit gile untuk survive" aku pun mcm "huh?? are u serious? 13kg seminggu?" interesting to share but i wonder apa je yg dia makan sampai boleh turun 13 kilo? adakah makanan penuh zat or just nak kasi x lapar je?

Well pada aku, aku x nak kurus sgt, i mean biarlah x kurus pun janji cukup makan, cukup zat, vitamin sume. kalau dah kurus melidi pun x cantik jgak, bak kata jiran aku smlm "macam bini popye" hahahaaa .. biar ada shape sikit baru pheeeewitttttt....

ok, back to the topic, melalut sampai kemana ntah hehe.. So today aku nak share tips2 dan cara untuk mengekalkan tubuh badan yang sihat dan cantik yang telah pun aku praktikkan. gitewwww :) sebab sekarang ni hampir semua wanita concern pasal berat badan dan semua nak nampak cantik . yelah, kalau badan cantik, confident level pun mesti meningkat. betul x? tapi badan cantik saja pun x boleh jugak.. badan yang cantik kena seiring dgn tubuh badan yang sihat. pemakanan pun kena jaga jugak sebab x bole lah nak makan ikut suka nanti banyak pula penyakit yang singgah .. so untuk mendapat kan bentuk badan yang cantik or bentuk badan idaman di samping tubuh badan yang sihat, apa yang perlu kita buat?
jom tgk list kat bawah:

1. Banyak kan minum air


Kita kena banyak kan minum air. tp bukan air manis ok. kalau bole hari2 mesti minum air kosong @ air masak..aku akan pastikan everyday akan minum at least 2 liter air kosong. ini bagus untuk mengelakkan kulit kering, boleh sejuk kan badan & untuk maintain kesihatan jugak. so u guys pun kena minum air byk2 okay :)


Air kosong mcm ni kalau tgk bulan puasa pun nmpk sedap
!


2. Makan banyak buah- buahan

Buah-buahan ni sedap tau . ia jugak adalah sumber serat yang sgt bagus. buah yang aku suka makan, buah mangga.kalau u all x sempat nak beli mangga and potong kat rumah sendiri, beli je kat pakcik/makcik yang jual buah kat tepi2 jalan tu.. yang 1 plastik seringgit tu. mudah dan senang. pilih je buah apa nak, bayar dan makan. normally perempuan suka green apple, pun x jadi masalah. ikut pilihan masing2. yang penting 1 hari makan sebiji buah pun dah cukup .

'

 


3. Exercise


Ramai prempuan liat sikit bila masuk bab exercise ni. yela, bukan semua org suka dan ada masa (alasan semata2!) . actly, exercise ni memang penting. tak semestinya u kena pergi gym atau tempat2 rekriasi je kena exercise. actly, kita naik turun tangga hari2 pun dah kira senaman.. kalau pergi kerja tu kalau bole parking jauh sikit dari ofis. so kita akan banyak berjalan and tu kira senaman jugak untuk kita sebenarnya.. sekarang aku suka main badminton. alaaaa main depan rumah je dgn kawan2 and neighbour. so itu adalah salah satu exercise yang fyrose buat untuk maintain badan yang sihat dan untuk keluarkan peluh :) and jiran pun selalu pesan kalau bole jalan laju sikit dan elakkan lenggang kangkung mak minah tu sb dengan jalan laju bole tingkatkan metabolisme dalam badan kite ye adik2 .. and most of the time aku akan ke gym 3/4 kali seminggu buat treadmill,squat, plank, weight dan main je apa alat yg u larat dlm gym tu. believe me u akan rasa fresh dan badan ringan je ..

ahhaaa..alat senaman feveret aku ;p



4. Elakkan makanan berminyak, lemak, tinggi kolestrol !

Semua orang suke makan termasuk aku. tapi makan jangan lah balun habis semua. kadang2 kene pilih jugak makanan yg sihat contohnya, makanan rebus2 ke, panggang ke, bakar ke, senang cite yg kurang lemak lah. so kalau kurangkan makanan berlemak & tinggi kolestrol mesti cepat turun & badan pun meletup u allss..
sebab kalau hari2 pun belasah kari, rendang, nasi lemak, roti canai, satay..
 mm siap lah badan mcm kene pam :p

mm mmg sedap.. sesekali enggak apa2 dong..



5. Penjagaan Badan
yang ni pun sama penting jugak sebab sekarang semua pun nak nampak cantik, putih, halus, mulus, gebus etc.. so apa yg korg bole buat yelah, kalau time mandi tu rajin2 kan lah pakai scrub atau pun mandi lulur ke.. sebab kadang2 sabun biasa x boleh nak tanggalkan daki2 degil tu. so ape lah kiranya invest sikit beli lulur @ scrub badan dan try sendiri. best tau, wangi, lembut pastu asyik nak sentuh kulit sendiri.. 
better buat sendiri lah tapi kalau duit banyak, bole lah pegi spa, buat appointment pastu tidur lah sb org tu yg buat kan heheee...

nyaman sih...


So, after this bole lah start slow2  sikit2 praktikkan benda2 yg disebut di atas ye..kalau buat selalu, hasilnya pasti ada..yg ptg rajin *motivate diri aku jugak heheee..

next enrty ada byk tips lain yg i nak share dgn u all. so stay tuned! 
hugs & kisses!
:)


Wednesday 5 September 2012

Lose Weight

Hello :)

                    Memandangkan blog ni adalah blog pasal perempuan, wanita, gadis (ewahhh), kesihatan, kecantikan & ape saje yang berkaitan dengan wanita, maka second entry ni aku nak share medium2 yg telah pun aku try untuk menguruskan badan yg sentiasa dok kembang neh . dulu2 start konon2 diet time skola menengah lg. dulu2 mkn sikit je, nasi separuh lauk pun ciput je amik. time tu plak mak dok msk beras faiza. tu yg bole turun cpt.
                   Then bila dah msuk diploma, still mkn sikit .. nasi separuh and ayam. everyday pun nk mkn ayam. kalau xde ayam x selera. actually dulu buat Diploma kat Kolej Unikop area gombak jugak. so bila lunch time ktorg akan pegi kedai ni nama D'Kop (bole lah comersial jugak nama dia.. hahaa) untuk mkn tgh hari. and for my self, nasi dgn ayam goreng (wajib) and kuah asam pedas sikit. org johor, so asam peads tu dah mcm keperluan hehe :p 

Ni la Kolej UNIKOP.. Comel x? hahaha

 Malam pulak ktorg akan pegi beli nasi goreng or mee goreng or char kuew tiaw etc . senang cite ape makanan yg ade kat area unikop tu kitorg sapu bersih lah . time tu berat ok lah xde lah over sgt. tp still berusaha untuk kurus. and dulu siap kene perli dgn "teman tapi mesra" psl berat yg ada time tu. tp time diploma dulu senang je nk turun berat. maybe sebab bilik ktorg kat level atas skali (3rd floor) dimana everyday ktorg akan turun naik tangga tu and thats why senang turun heeeeh.. so smpai final sem pun badan maintain lah . x kecik sgt, x besar sgt. after that masuk plak degree kat shah alam. mula2 time part 1 part 2 tu ok . slim je.. almaklumlah  time tu dok sibuk modelling sana sini so harus lah kena maintain u allss .. sampai part 4 maintain.. tp bile start final year, kemain lebar lagi . adohaiii sakit kepala i nyah.. maybe time tu byk sgt kerja, workload terlebih2. yela, ktorg fashion student mmg berlambak2 kerja. lahaaiiiiii..

tp yg manghairankan, org kalau byk kerja badan makin kurus kecil. tp ni dah terbalik plak huhu . tak tau lah apesal plak badan aku gembira sangat naik nya! maybe sebab buat kerja banyak, makan pun banyak. nak2 kalau dapat ayam goreng McD.. perrrrggghhhh  dah x toleh kiri kanan.. tp seroius babe, hampir setiap hari aku melantak ayam McD ! huwaaaaaaaaaaaa...and maybe time tu tgh happy dgn neighbour. sape tu neighbour? heheeee next entry lah i story mory eh :) so time final year tu lah badan ku yg comel ni menjadi semakin comel .. arrggghhhh stress yg amat sih ~

 Part 3 Degree. Bersemangat x aku buat keje? ceh ~~

then bila dah grad, start lah kerja. kerja di 1 butik tu. well known lah jugak kat malaysia ni tp oleh kerana kemasyuran die tu indah kabar dr rupa (macam tuan dia jugak huh) so x yah lah mention nama dia u allss . time kerja sana, aku dah start berjinak2 dgn gym .. ehemm~~ bajet retis je nak bergym2 bagai.. aku join Celebrity Fitness Bangsar (dekat Bangsar Village). 


 Ahhaaa.. card yg dah lapok !

FYI, dulu tiime register CF dlm RM400 lah lebih kurang & monthly RM169. so after work akan workout. almost everyday lah . paling malas pun lari kat trackmill.. hehehee :D so dlm 1 month workout dah nmpk lah kurus sikit. time tu plak ada personal trainer dok push suruh workout. pssttt..sebenaq nya trainer tu mak aiiii...badan ketaq, muka plak mcm Fahrin Ahmad ! Oomaaaiii neves mak ~ hahahaa thats why rajin pegi and workout and sbb tu lah cpt sket nmpk result. time tu badan dah cantik balik dah . 
dah happy lah ni kononnya ..
tp bila dah berhenti kerja kat butik tu, nak pegi gym pun malas sb jauh. jauh jugak lah sb my house kat gombak, gym tu kat bangsar. x larat nak drive ke sana (huh.. alasan semata2) .. bayar still bayar tp x pegi pun utk workout . kan ke rugi? :/ then neighbour tanya, 'eh u dah lama x workout.. mcm mana nak maintain? mcm mana nak fit?' errr...... speechless sekejap..
lepas tu dpt kerja baru plak dkt hartamas area, so lagi lah malas nak ke bangsar bagai kan.. so end up gym ntah kemana, workout ntah kemana, duit saja melayang hahahaa... tp after stop workout, badan mmg naik x hengat lah.. mcm belon . terima kasih !

sampai kan sluar sume ketat urrghhhh... and size dah membesaq! tak boleh jadi nih .. time tu mmg x buat apa2 sb kat ofis byk dduk je . smpai lah time raya, balik kg mkn x ingat dunia. yela, raya time utk mkn betul x? after raya mmg tersgt comel lah time tu sampaikan boss pun tegur 'siti, u nampak berisi sikit' ... time tu macam... aggrhhhhh kenapa bole jd mcm ni? no way fyrose, x bole jd mcm ni ! lepas tu terfikir untk cari jln pintas which is try slimming centre. byk jgak cari info psl slimming centre time tu . semuanya yg well known kat malaysia ni. u just name it centre mana yg aku x call? semua aku call huhu .. (sekali lagi bajet retis nak ke slimming centre hahah) sampai lah one day tu centre tu asyik dok call bila bole buat appointment and buat treatment. so nak di jadikan cerita neighbour pun hantar lah kat centre tu (LWM) di Lot 10. 1st appointment dia kata ada free trial. so aku pon try. tup2 dia kata u kene continue dgn next treatment utk dpt better result and mcm mana ntah boleh sign up dorg punya package .

consultant tu pesan u kene control mkn and every week kena dtg treatment. tp ntah mcm mana dtg treatment pun sama jgak x ubah apa2 size pun. and the worst thing is aku kena dok dlm blanket dia yg panas tahap gaban tu every time buat treatment!! and baru sedar aku dah laburkan nearly RMXXXX jugak lah. WTFish ! so lama2 malas nak buat and dorg pun x call. yelah sb dah dpt duit kan heheh :D so x apa lah.. neighbour kata 'i still sayang u mcm mana pun' haaaa lega mak dgr nyah ..yeayyyy!! tp x de lah nak bairkan badan ni gemuk menggila kan..

Tempat kejadian hahaha..

So moral of the story kau x payah lah nak leburkan duit byk2 tp akhirnya x menjadi hahahaa... yg plg penting, senaman & jaga makan dah cukup. Gym tu pun ok sebenaqnya.. cuba lah try test :) Insyaallah kalau kita berusaha mesti dpt hasil kalau x byk pun sikit mesti ada .. think positive :) and x mau lg buat separuh jalan mcm before this .. after dis, kena discipline & bersungguh2.. u can do it fyrose..

till then, happy reading guys .. love much  . XOXO ;)

Saturday 1 September 2012

My First Little Entry

Finally i've created my own blog .

i've been thinking long time ago to crate my own blog. no idea sebab apa ada blog ni. it just for fun and lots of things i wanna share with u :) apa yg nak di share kan? hahaaa teng3..

actly, ada mcm2 wishlist yg konon2 nak capai. and salah 1 adalah.....

-
-
-

............. KURUS kan badan :p yeap2, badan ni mcm kembang terlebih plak skrg. so from today onwards, insyaallah aku akan share all tips and mcm mana aku workout untuk kurus . yeah ini betul2 kejadian.. hehe
And yess, this will be Diary Di Alam Maya saya ;) So stay tuned & happy reading !!

tata..